Kontinjen Helang Putih Selangor – Juara Disiplin SMD 2009

Alhamdulillah,

Pada kejohanan Seni Mempertahankan Diri Kebangsaan 2009 di Alor Star, Kedah yang berlangsung pada bulan Jun yang lalu – Kontinjen Helang Putih Selangor telah berjaya mendapat Kejuaran – Johan Disiplin Helang Putih.

Peserta Kontinjen Selangor terdiri daripada Gelanggang Taska Al-Ilmu, International Islamic College dan SMK Bandar Baru Sungai Long.

Kejohanan pada tahun hadapan bakal diadakan di Kelantan Darul Naim (2010)….

Pihak kontijen dan jawatankuasa negeri Selangor ingin merakamkan ucapan Terima Kasih kepada Pihak Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor, pihak-pihak dan individu-individu yang banyak membantu bagi menjayakan perjalanan dan kebajikan peserta Kontinjen Selangor pada tahun ini…

Tidak lupa juga Ucapan Tahniah kepada semua peserta Seperguruan dari seluruh negara – Hidup Helang Putih.

Kontinjen Selangor SMD 2009 - Johan Disiplin

Kontinjen Selangor SMD 2009 - Johan Disiplin

Dari Utara ke Selatan - Kita Seperguruan...Hidup Helang Putih!!!

Dari Utara ke Selatan - Kita Seperguruan...Hidup Helang Putih!!!


About this entry