HIKAYAT SENI SILAT KEGAYUNGAN (A) HELANG PUTIH

Petikan dari Laman Web Pusat: http://silathelangputih.blogspot.com/

Raja Aziz Laksamana Hoja Andak

Raja Aziz Laksamana Hoja Andak

HIKAYAT SENI SILAT KEGAYUNGAN (A) HELANG PUTIH

Seni silat kegayungan (A) helang putih berasal dari Acheh. Menurut sejarah, seorang anak raja yang bergelar raja sulung tunggak pahlawan dari negeri Pagar Gunung pergi memburu bersama-sama pengiringnya kedalam hutan tebal yang jauhnya berpuluh-puluh kilometer dari istana.

Ketika asyik berburu, baginda telah bertemu dengan seekor burung helang putih yang sangat cantik. Helang itu telah menarik minat baginda. Didalam hati baginda, alangkah beruntungnya jika burung itu dapat ditangkap dan dijadikan burung peliharaannya.

Baginda sangat tertawan dengan burung helang itu sehingga beliau tidak sedar telah mengekori burung itu jauh kedalam hutan berseorangan.

Tanpa menghiraukan pengiringnya, baginda telah sampai kedalam sebuah gua yang terletak di pertengahan puncak sebuah bukit. Keadaannya sangat sunyi tetapi bagaikan ada yang mendesak hatinya dan menggerakkan kakinya menuju ke sebuah gua yang sederhana besar itu.

Helang putih terus memasuki gua batu itu dan baginda terus mengikutinya dari belakang. Sebaik sahaja memasuki gua itu, baginda telah dikejutkan oleh satu lembaga manusia yang duduk kaku diatas sebuah batu besar. Lembaga yang dilihatnya itu adalah seorang pertapaan yang sudah betahun-tahun lamanya menetap di situ. Anehnya perasaan takut tidak terbit dihati baginda. Malah baginda asyik dengan apa yang ada di gua itu.

Ratu Agung Raden Dindiar yang berasal dari Acheh yang berketurunan Jawa menyayangi burung helang putih itu sepertimana beliau menyayangi dirinya sendiri. Dari pergerakan seekor helang, Ratu Agung Raden Dindiar dapat mendalami ilmu beladiri dengan secukupnya.

Sebaik anak raja itu terjaga dari tidurnya, baginda melihat burung helang putih masih berada di dalam gua tersebut. Bermula dari peristiwa itu, baginda tidak pulang ke istana sehingga tamat perguruannya dengan Ratu Agung Raden Dindiar.

Setelah bertahun-tahun lamanya mempelajari ilmu persilatan, baginda akhirnya pulang ke istana. Maka berkembanglah Seni Silat Kegayungan (A) Helang Putih dan menjadi satu seni beladiri yang terkenal pada masa itu.

Aliran silat ini merupakan silat keturunan yang sekarang dikembangkan secara meluas oleh cucunda Raja Tunggak Pahlawan iaitu Abdul Aziz bin Mohd Ali yang bergelar Raja Aziz Laksamana Hojak Andak.

Beliau pernah aktif bersama Kementerian Kebudayaan Kuala Lumpur yang diasuh oleh Allahyarham Bapak Osama Sumanti yang dulunya dikenali sebagai Guru Tari Kuno dan Guru Persilatan (Silat Pulut).

Selain mendalami ilmu-ilmu persilatan dan kebatinan, Abdul Aziz bin Mohd Ali turut membuka matanya melihat aliran orang lain. Oleh itu beliau pernah mendalami seni Judo dan Pergerakan Kudokan Ninja perseorangan dengan Master Herakawa selama 4 tahun.

Selepas itu, beliau mendalami ilmu Taichi bersama Master Lee dan meneruskan pelajaran seni mempertahankan diri (silat) sebanyak 7 jenis. Kebolehan yang ditunjukkan itu, Abdul Aziz bin Mohd Ali telah bergelar sebagai guru dalam usia yang muda.

Rasa tidak puas hati dengan kebolehan sendiri menyebabkan Abdul Aziz bin
Mohd Ali mencari guru-guru yang dikira dapat memberikan ilmu kepadanya. Silat Sheikh Baginda Ali, Batin Harimau Puaka, Sheikh Gagak di Rimba, Perilmuan Changkat dan lain-lain lagi adalah aliran yang pernah dipelajarinya.

Setelah bapa angkatnya mangkat, pada usia 120 tahun lebih, dia diamanahkan mengembangkan silat Acheh Helang Putih ini sebagai menggantikan arwah gurunya. Setelah itu Abdul Aziz bin Mohd Ali menambah perkataan Acheh Helang Putih kepada Kegayungan Acheh Helang putih yang bererti silat ini penuh dengan kebatinan (maksud kebatinan disini adalah mengawal dari segi fizikal dan mental menggunakan segala pancaindera tubuh badan seperti mata, telinga, rasa serta pernafasan dan bukannya menggunakan bantuan makhluk halus).

KETURUNAN PENGASAS SENI SILAT KEGAYUNGAN (A)
HELANG PUTIH

· Berdarah Raja Mendeleng (Sibarora)
· Keturunan Raja Sakti
· Beliau digelar Raja Aziz Laksamana Hojak Andak
· Mewarisi “Keris Picit LangKitang Sibaitang” (Tuan Putri Terus Mata)

Helang Putih Sepanjang Zaman

Helang Putih Sepanjang Zaman

Petikan dari Laman Web Pusat: http://silathelangputih.blogspot.com/


About this entry