Sejarah Pertubuhan

Pengasas dan penggerak utama Silat Kegayongan Acheh Helang Putih adalah Abdul Aziz Mohd Ali (Dengan gelaran: Raja Aziz Laksamana Hoja Andak) yang kini menetap di Kampung Dusun Tua, Batu 18 Hulu Langat, Selangor. Beliau mula menuntut ilmu warisan keluarganya ini sejak berumur 12 tahun. Selain daripada Silat Helang Putih, Raja Aziz juga pernah mempelajari Silat Sheikh Baginda Ali, Silat Harimau dan Silat Sendeng Kuno di Johor dan Indonesia. Di samping itu beliau juga pernah mempelajari Judo dan Tai Chi di Jalan Hicks, Kuala Lumpur.

Raja Aziz mula mengasaskan Pertubuhan Silat Kegayongan Acheh Helang Putih pada tahun 1967 semasa berumur 19 tahun dengan membuka gelanggang pertama di Kampung Pandan, Kuala Lumpur.

Menurut kisah lagenda keluarga yang diturunkan dari generasi ke genarasi, Silat Helang Putih telah diajar kepada moyang Raja Aziz (Raja Sulung Tunggak Pahlawan) oleh seorang pertapa bangsa Jawa yang bernama Ratu Agung Raden Dindiar. Raja Sulung Tunggak Pahlawan menemui pertapa itu setelah beliau mengekori seekor burung Helang Putih ke dalam sebuah gua semasa berburu di hutan. Helang Putih yang diekori itu adalah seorang putera kayangan yang telah disumpah menjadi seekor burung helang putih oleh ibundanya.

Asalnya Silat Helang Putih adalah satu seni untuk membunuh. Namun bentuknya pada hari ini telah disesuaikan dengan zaman sekarang yang berlandaskan lunas-lunas undang-undang. Murid silat ini dilatih pergerakan Helang termasuk dengan bunyinya sekali.

Gerak dan seni mengalir dari 44 cabang perguruan dan digerakkan oleh gerak dan langkah pesilat. Gerakan-gerakan seni yang teratur dan cantik menjadi khazanah silat ini dengan gaya dan gerak pencak yang pantas dan tangkas.

Antara permainan perguruan ini ialah Helang Buana, Megat Terawis, Seni Changkat, Permainan Puteri Terus Mata dll.

Kini Seni Silat Kegayungan Acheh Helang Putih telah dikembangkan oleh gurulatih dan jurulatih perguruan di beberapa negeri di semenanjung seperti Kuala Lumpur, Selangor, Perak, Kelantan, Kedah, Negeri Sembilan dan Pahang. Kejohanan tahunan dan acara-acara semasa sentiasa dianjurkan untuk merapatkan ukhuwah dan ikatan dalam perguruan ini.

Adalah menjadi harapan perguruan untuk mengembangkan seni silat ini sebagai satu warisan Alam Melayu.

Diambil daripada:http://ms.wikipedia.org/wiki/Silat_Kegayungan_Acheh_Helang_Putih


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


About

Assallamualaikum w.b.t

Logo Silat Helang Putih

Logo Silat Helang Putih

Bismillahirrahminirrahim..

Laman ini adalah satu wadah untuk Pertubuhan Seni Silat Kegayungan (A) Helang Putih Malaysia Cawangan Negeri Selangor untuk menyediakan informasi dan talian kepada warga pembaca amnya dan warga beladiri khususnya – terutama ahli-ahli baru dan lama, peminat-peminat, pengkaji dan siapa juga – untuk memanfaatkan laman ini dan bersama bersilaturrahim – moga dapat dipanjangkan ke alam nyata dan bersama-sama dalam apa jua aktiviti yang mendatang..

————————————————————————————————————————————————

Presiden Pengasas Silat Helang Putih Malaysia

Presiden Pengasas Silat Helang Putih Malaysia

Basic Info

Name:
Pertubuhan Seni Silat Kegayungan Acheh Helang Putih Malaysia
A Malaysian registered Silat Organization (yr 1967) – the founder is Raja Aziz Laksamana Hoja Andak.

For enquiries about Silat Helang Putih: 03-9021 2714 / No. 589, Batu 15 1/2, Dusun Tua, 43100 Hulu Langat, Selangor.

Introduction to History

According to the White Eagle (Helang Putih) Legend; Seni Silat Kegayungan (A) Acheh Helang Putih was originated from Acheh, North Sumatera, Indonesia. It started from the prince called Raja Sulung Tunggak Pahlawan who lost in the jungle while hunting because he followed a white eagle which attracted his eye –  until he then arrived in a cave. The white eagle was actually a strong warrior (Ratu Agung Radin Dindiar) who was cursed by his father. Raja Sulung Tunggak Pahlawan learned this ‘silat’ from Ratu Agung Radin Dindiar.  After finished his study, he went back to his palace and spread this self defense to all residents of that palace.

This silat is an inherited silat (family owned) but now Abdul Aziz bin Mohd Ali (Raja Aziz Laksamana Hojak Andak) the grandchild of Raja Sulung Tunggak Pahlawan spread this self defense all over the country. He inherited this silat from his teacher – Radin Ismail at Johor, Malaysia. He registered this organization with the name “Pertubuhan Seni Silat Kegayungan (A) Helang Putih Malaysia (1967).  Raja Aziz is now the Vice President of International Sport and Culture Association (ISCA).

————————————————————————————————————————————————-

Silat Helang Putih is actively involved in many activities and programmes under Ministry of Youth and Sports, Rakan Muda and other organizations – the aim is to promote Malay culture, healthy lifestyle and build-up discipline and postitive attitude among the members.

Rakan Muda

ISCA

ISCA

————————————————————————————————————————————————-

Alternatively pl. email / Sebarang Pertanyaan: ijat@mail.com

Salam Silaturrahim dari Helang Putih

Salam Silaturrahim dari Helang Putih


%d bloggers like this: